• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya Tunduk Kepada Desakan Rakyat

oleh AK-47
05/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mengumumkan, kerajaan memutuskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan cepat selaras aliran penurunan harga petroleum di pasaran dunia. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengingatkan rakyat Malaysia, terutama penyokong tegar Pakatan Harapan, penurunan harga minyak ini bukanlah disebabkan “kepakaran” pemimpin Pakatan Harapan untuk menurunkan harga, tetapi ia adalah berdasarkan penurunan harga minyak di pasaran dunia.

 

2. Harga minyak dunia turun jika dibandingkan bulan Oktober ke Disember 2018. Harga minyak satu barrel berdasarkan harga minyak dunia telah jatuh daripada USD 82 kepada USD 60 pada bulan Disember. Terkini, harga minyak satu barrel adalah sekitar USD 50. Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan bertarikh 4 Januari 2019, harga runcit RON 95 turun 27 sen kepada RM 1.93 seliter. Jadi benarlah bahawa rakyat telah membayar hampir 30 sen seliter sebagai “cukai minyak” kepada kerajaan sejak bulan November 2018.

 

3. Kerajaan sebenarnya mempunyai masa selama 2 BULAN untuk memberitahu rakyat dan mengurangkan beban rakyat dengan menurunkan harga minyak di stesen minyak, tetapi YB Menteri dan Kerajaan memilih untuk diam membisu dan menindas rakyat. Namun begitu, rakyat bernasib baik apabila mereka masih ada parti-parti pembangkang yang mengutarakan hal ini secara matang dan berfakta kepada kerajaan. Ternyata gabungan parti-parti politik pembangkang kini menjadi pembangkang yang matang. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Kewangan kerana tunduk kepada desakan rakyat untuk menurunkan harga runcit minyak, bersesuaian dengan penurunan harga minyak dunia. Namun begitu, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa YB Menteri menjelaskan kepada rakyat isu “cukai minyak” yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selama 2 bulan sejak November 2018.

 

4. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga menggesa kerajaan dan YB Menteri bersikap telus dan berkongsi dengan rakyat tentang pengiraan dalam penetapan harga runcit minyak secara mingguan. Kita tidak mahu berlaku salah faham antara rakyat dan kerajaan dalam isu yang membabitkan kebajikan rakyat. Kami komited untuk terus menjadi pembangkang yang matang dan mendengar denyut nadi rakyat.

 

 

Demi Bangsa Malaysia!

 

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
merangkap
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Tags: harga minyakRON92RON95
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd