• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aishah Seram Dikacau Makhluk Halus Di Hotel

oleh
17/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Aishah memaklumkan dirinya diganggu makhluk halus ketika menginap di sebuah hotel di negara jiran.

Pemergian Aishah ke ibu kota negara jiran berkenaan baru-baru ini dengan ditemani suaminya, dikatakan diganggu dengan perbuatan-perbuatan pelik oleh makhluk yang pastinya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Memetik hantaran Aishan menerusi akaun sosial Instagram (IG) miliknya, Aishah menceritakan dengan lebih lanjut bagaimanakah beliau sendiri berjaya diganggu ketika bermalam di bilik hotel berkenaan.

Memetik titipan hantaran Aishah dalam IGnya, “aduuuh dia ‘main’ campak-campak barang pulak dalam bilik air. Tutup-tutup pintu, mainkan pandangan hingga nak jatuh. Pasang ayat Ruqyah pun ditutup beberapa kali huhuhuhu.

“Dari hari pertama lagi, Allah Maha Agung. Sesungguhnya tiada kuasa melebihi kuasaNYA. Kita sama-sama makhluk, jangan ganggu boleh tak. Esok dah nak balik dah pun… Nak balik, cepatlah siang. Allahhu!” coret Aishah.

Hantaran penulisan Aishah di IGnya mendapat 835 tanda suka selain 40 komen daripada followers atau pengikut akaun IGnya yang antara lain mencadangkan, beliau tidur di dalam kereta untuk elak daripada diganggu lagi.

Jawab Aishah, “mana ada kereta saya kat sini” sambil memaklumkan bahawa beliau ke negara jiran berkenaan dengan menaiki kapal terbang. Ada juga pengikut IG Aishah yang menyarankan agar dipasang surah Al-Baqarah.

Namun kata penyanyi yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu ini memberitahu, tiga kali beliau memasang surah terpanjang dalam Al-Quran tersebut dan ketiga-tiga kali jugalah, ia tiba-tiba boleh pula tertutup sendiri.

Pengikut IG Aishah yang guna akaun malay.music pula cadangkan, selipar atau kasut diselerakkan. Jangan tersusun dan dipasang surah Al-Mulk selain mendoakan yang baik-baik sahaja untuk penyanyi ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: AishahWan Aishah Wan Ariffin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Pamer Barang Kemas Pilihan Aishah Bernilai RM80,000

17/07/2019
0

PETALING JAYA - Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mempamerkan lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 sebagai ganti rugi kepada penyanyi...

DSV Diarah Bayar RM87,500 Kepada Aishah

03/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman diarah membayar harga barang kemas yang dipilih penyanyi Aishah berjumlah RM80,000 dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd