• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abu Bakar Bashir Akan Dipantau Rapi – KPN

oleh
29/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman jika beliau dibebaskan oleh kerajaan republik berkenaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata, pemantauan berkenaan perlu dibuat susulan terdapat elemen-elemen kegiatan Jemaah Islamiah (JI) di negara ini.

“Jadi proses pemantauan ini sedang berlaku agar beliau (Abu Bakar) tidak terlibat dalam usaha merekrut atau menghidupkan kembali perjuangan lampaunya berkaitan dengan JI.

“Kes JI di negara ini mempunyai kaitan dengan kegiatan beliau sebelum ini maka ada elemen-elemen berhubung kes berkenaan,” katanya selepas hadir serah terima tugas pemakaian pangkat pegawai kanan polis dan penganugerahan pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis, di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata pihaknya akan menghubungi Polis Republik Indonesia (Polri) bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai Abu Bakar.

“Kami tidak mahu agar pembebasan beliau ini menimbulkan masalah keselamatan baharu terutamanya dari segi usaha menghidupkan JI atau lain-lain elemen ekstrem radikal berkaitan kegiatannya,” katanya.

Sebelum ini, pemerintah Indonesia sedang mengkaji semula keputusan untuk membebaskan Abu Bakar, dalang insiden pengeboman kelab malam di Bali pada tahun 2002 setelah republik itu mengumumkan minggu lepas pembebasan lebih awalnya atas dasar kemanusiaan.

Beliau dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun. – BERNAMA

Tags: abu bakar bashirFuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dalang Pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir Dibebaskan

08/01/2021
0

BOGOR - Guru agama Indonesia dengan fahaman ekstrem, Abu Bakar Bashir, yang pernah didapati bersalah mendalangi serangan bom di Bali pada...

Syarikat Judi Taja Lawatan Kerja KPN Ke Turki

13/02/2019
0

PUTRAJAYA - Syarikat perjudian, Da Ma Cai yang menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd