• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Warga Malaysia Seludup Dadah RM161 Juta

oleh
31/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Lapan warga Malaysia ditahan dan didakwa atas beberapa tuduhan cuba menyeludup dadah jenis syabu dianggarkan bernilai 44 bilion won (RM161.87 juta) ke Korea Selatan, menurut pendakwa raya negara itu, semalam.

Pejabat Pendakwa raya Daerah Incheon berkata, semua suspek warga Malaysia itu ditahan, awal bulan ini, dalam satu siasatan bersama dengan pejabat kastam dan Perkhidmatan Risikan Nasional (NIS).

Mereka didakwa cuba menyeludup 13.3 kilogram syabu dari Malaysia ke Korea Selatan menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae pada lima waktu berlainan mulai 27 Disember tahun lalu hingga 17 Januari lalu.

Katanya, mereka membungkus antara satu hingga dua kilogram bahan terlarang itu pada punggung dan perut masing-masing dengan pembalut dan cuba melepasi lapangan terbang.

Kebanyakan daripada mereka dituduh bertindak sebagai keldai dadah atas arahan rangkaian dadah di Malaysia, katanya.

Pendakwa raya Incheon memulakan siasatan, bulan lalu, selepas dimaklumkan NIS bahawa sejumlah besar syabu diseludup dari Asia Tenggara ke Korea Selatan.

Kemudian, beberapa suspek warga Malaysia berjaya ditahan di dua lapangan terbang terbabit. – Agensi/ Yonhap

Tags: Seludup Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

Tujuh Kes Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Guna Dron

Tujuh Kes Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Guna Dron

12/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan tujuh kes cubaan menyeludup dadah menggunakan dron ke dalam penjara seluruh negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd