• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

34 Cedera Terkena Letupan Mercun Di Batu Caves

oleh
22/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Seramai 34 orang cedera akibat terkena letupan mercun ketika sambutan Thaipusam berhampiran Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki yang datang bersama dua rakannya untuk meraikan perayaan itu membakar mercun di Persimpangan Bertingkat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kira-kira 8.40 malam.

“Tiba-tiba mercun itu yang sepatutnya meletup di udara telah meletup di atas jalan raya, menyebabkan beberapa orang yang berada berhampiran kawasan berkenaan mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian lewat malam tadi.

Beliau berkata tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang, dua lagi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, seorang mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh manakala 28 lagi dihantar ke klinik kesihatan berhampiran.

Insiden turut menyebabkan tiga kenderaan yang terdiri daripada Nissan Serena, Proton Exora dan perodua Myvi, mengalami kerosakan.

Katanya polis tidak mengeluarkan permit bagi pembakaran mercun atau bunga api pada sambutan Thaipusam.

“Bagaimanapun insiden letupan mercun ini bukanlah suatu perbuatan khianat, tetapi sebaliknya adalah satu insiden yang berlaku secara spontan di mana tujuan suspek membakar mercun untuk meraikan Thaipusam. Kemungkinan mercun itu sudah mencapai tarikh luput,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata polis menahan lelaki berusia 23 tahun itu yang merupakan seorang penari dan seorang rakannya yang berusia 28 tahun pada pukul 1.00 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berkenaan dengan benda letupan. – BERNAMA

Tags: Batu CavesLetupan MercunThaipusam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 700,000 Murid Terima Manfaat Program Susu Sekolah

Pelancong Baca Ayat Al-Quran Di Batu Caves Mohon Maaf

25/05/2024
0

SHAH ALAM - Seorang pelancong asing yang tular kerana membaca potongan ayat al-Quran di hadapan kuil Hindu Batu Caves, Selangor...

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd