• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaquan Adha Sah Milik Skuad Lang Merah

oleh
18/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Desas-desus berhubung destinasi kapten skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai pasukan Kedah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2019.

Penyertaan Zaquan yang merupakan bekas pemain Kuala Lumpur ke dalam skuad Lang Merah dimaklumkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam entri terbaharu menerusi laman Facebook mereka hari ini.

Zaquan yang membantu skuad negara muncul naib juara Piala AFF Suzuki 2018 baru-baru ini, mengikat kontrak selama setahun dan pengalaman luas di peringkat antarabangsa dijangka dapat membantu skuad Hijau Kuning dalam saingan Liga-M musim depan.

“Beliau tertarik untuk memakai jersi hijau kuning selepas kerap berhubung dengan Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak dan pengurusan bagi perancangan rapi untuk musim depan,” jelas KFA.

Dalam pada itu, KFA turut mengumumkan kehadiran dua pemain import baharu yang pernah beraksi dengan kelab Liga Satu Indonesia, penyerang, Fernando Rodriguez Ortego dari Sepanyol dan pemain pertahanan, Renan Da Silva Alves dari Brazil.

Fernando sebelum ini beraksi dengan kelab Mitra Kukar FC manakala Renan bersama kelab Borneo FC.

KFA sebelum ini mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Singapura, Muhammad Shakir Hamzah dari kelab Home United FC selain pemain tengah Army United FC, Thailand, Anmar Fares Abdul Jabar Almubaraki dari Iraq.

Skuad Lang Merah turut diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain tempatan termasuk pemain Negeri Sembilan, N. Thanabalan, pemain Melaka, Syahrul Azwari Ibrahim, selain dua pemain Selangor, Shahrul Igwan Samsudin dan Azammuddin Mohd Akil.

Pengurusan KFA sebelum ini mengumumkan tidak memperbaharui kontrak lima pemain import musim ini – Sandro Da Silva, Liridon Krasniqi, Alvaro Silva, Paola Rangel dan Andik Vermansyah selain Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Ia susulan prestasi hambar skuad Lang Merah pada musim ini, menyaksikan mereka gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA dan Piala Sumbangsih. – BERNAMA

Tags: Zaquan Adha
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelaburan Qatar Diintai Bagi Projek Kereta Nasional Ketiga

Next Post

PKR Permatang Pauh Terkejut Keputusan Nurul Izzah

Related Posts

Esok Kita Tunjuk Dalam Padang

05/12/2018
0

BANGKOK - "Esok kami tunjuk dalam padang!" Itu reaksi balas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak selepas penjaga gol...

“Saya Bukan Tak Laku Sebagai Pemain Bola Sepak”

18/05/2017
0

PEMAIN bola sepak, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak menyifatkan keputusan dramatiknya untuk menceburi industri hiburan bukan bermakna bakal meninggalkan dunia...

Next Post

PKR Permatang Pauh Terkejut Keputusan Nurul Izzah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd