• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujud Desakan PAS Bertanding Di Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
24/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – PAS Pahang mengakui wujudnya desakan daripada akar umbi parti itu di negeri ini yang mahukan wakilnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari depan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata desakan itu timbul selepas mengambil kira pelbagai faktor serta sentimen politik semasa seperti kontroversi insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor, November lalu.

“Kalau dikaji sekarang ini Pakatan Harapan (PH) sudah tentu akan meletakkan calon India dan Barisan Nasional (BN) juga akan mempertaruhkan calon daripada parti MIC (mewakili kaum India).

“Desakan datang selepas melihat isu kuil di Selangor yang mana akan menyebabkan undi orang Melayu berbelah bahagi untuk mengundi dua calon berkenaan, di situ timbulnya desakan mahukan PAS bertanding,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur berkata, PAS Pahang akur dengan keputusan dibuat kepemimpinan parti pada 19 Disember lalu untuk tidak meletakkan calon bagi menghadapi PRK berkenaan.

“Kita akur dan saya pun berpendapat ada beberapa faktor yang sudah kita pertimbangkan dengan sewajarnya untuk tidak bertanding. Jika ada desakan kita tidak perlu tunduk.

“Saya percaya keputusan diambil PAS Pusat bukan untuk memberi laluan kepada UMNO dan BN sebaliknya atas kajian melihat peluang PAS untuk menang amat sukar,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata sehingga kini PAS Pahang belum menerima sebarang arahan untuk terbabit secara langsung membantu kempen PRK di Cameron Highlands termasuk untuk membantu calon BN atau PH.

“Ia akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat sama ada kita akan terbabit atau tidak. Keputusan sama ada untuk bantu kempen calon PH atau BN juga belum dibuat…mereka akan mesyuarat dahulu,” katanya.

PRK Cameron Highlands diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan calon BN, Datuk C Sivarraajh, pada PRU-14 selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Pada PRU-14, Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC, menang di kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

Sivarraajh memperoleh 10,307 undi, menewaskan empat calon lain, iaitu calon DAP, M Manogran, yang meraih 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS – 3,587 undi); Mohd Tahir Kassim (Berjasa – 81 undi) dan B Suresh Kumar (PSM – 680 undi).

Manogaran, 59, memfailkan petisyen pilihan raya pada 4 Jun lalu dengan memohon pengisytiharan keputusan PRU-14 untuk kerusi itu terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – BH ONLINE

Tags: PASPRK Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Korban Tsunami Meningkat Kepada 280 Orang

Next Post

Lelaki Didakwa Pukul Suspek Curi Hingga Parah

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Lelaki Didakwa Pukul Suspek Curi Hingga Parah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd