• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Cedera Parah Diragut

oleh Cj Mnh
03/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang wanita parah apabila jatuh tertiarap dalam kejadian cubaan ragut di Lorong Lebuh Mahsuri, Bayan Baru dekat sini awal pagi Sabtu.

Wanita berusia 60 tahun yang merupakan peniaga nasi lemak itu sehingga kini tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.​​​​​​​

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata kejadian dilapor pada pukul 6.15 pagi ketika wanita itu bersama dua rakannya berjalan kaki untuk ke rumah rakannya di kawasan itu setelah meletakkan kereta di kawasan parkir.

“Mangsa dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dan mereka cuba meragut beg tangan wanita itu. Suspek gagal mendapatkan beg tangan wanita itu tetapi mangsa terjatuh ke lantai,” katanya di sini hari ini.​​​​​​​

Anbalagan berkata wanita itu tidak mengalami kecederaan luaran dan menurut doktor mangsa kemungkinan besar mengalami pendarahan dalaman di kepala.​​​​​​​

Beliau berkata kawasan kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: diragutwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

Mayat Warga Emas Ditemukan Hampir Reput Di Ruang Tamu Rumah

Mayat Warga Emas Ditemukan Hampir Reput Di Ruang Tamu Rumah

05/08/2025
0

KUALA KRAI: Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dengan mayat hampir reput di ruang tamu rumahnya di Flet Sri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd