• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Islam Perlu Tampil Ke Hadapan – Wan Azizah

oleh
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON — Wanita Islam perlu tampil ke hadapan dengan berusaha meningkatkan kemahiran dan potensi, memanfaatkan bakat dan keupayaan keusahawanan agar dapat melihat kemajuan jangka panjang yang tulen dalam masyarakat Islam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, untuk mencapai matlamat ini, kaum Adam hendaklah mengubah sikap dan lebih menyokong kepada kaum Hawa.

Beliau berkata, lelaki Islam perlu membuang sikap cauvinis yang diwarisi dalam beberapa budaya tempatan.

“Kita tidak mungkin dapat capai keadilan sosial dengan hanya bersandarkan terjemahan yang condong dan tidak adil. Maruah manusia, kesejahteraan dan peningkatan taraf masyarakat tanpa mengira jantina, kaum, taraf atau etnik dalam masyarakat yang tergolong aman dan bertoleransi adalah paling penting.

“Tetapi semua ini hendaklah termasuk kaum lelaki,” katanya pada ucaptama beliau pada Forum Kepimpinan Islam (WMLF) di Lambeth Palace di selatan London, pagi Khamis.

Dr Wan Azizah, yang tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke United Kingdom, bersama para pemimpin Islam yang lain dari pelbagai rantau dunia ini bagi membincangkan isu penting, mendepani cabaran dan menyediakan penyelesaian inovatif untuk menyingkir persatuan-persatuan yang wujud antara pengganas dan Islam.

Dalam ucaptama beliau bertajuk “The Role of Women and Girls in Achieving Sustainable Development Goals (SDGs) by 2030”, Timbalan Perdana Menteri menekankan bahawa sudah tiba masanya untuk mempunyai satu penyepaduan perspektif jantina yang sistematik dalam pelaksanaan dan pengawasan SDGs.

Beliau berkata, penerapan SDGs oleh semua pemimpin dunia pada 2015 adalah dengan matlamat untuk mencapai kemajuan yang berterusan dan janji tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang.

“Pada masa sekarang, di negara-negara luar, wanita dan kanak-kanak perempuan masih berhadapan pelbagai bentuk diskriminasi,” katanya kepada kira-kira 200 perwakilan pada WMLF yang berlangsung selama dua hari itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa SDGs masih tidak cukup kerana menumpukan hanya pada sosial, ekonomi dan aspek fizikal pembangunan sahaja.

Dengan mencadangkan langkah utama diperlukan untuk menyemai Maqasid Syariah iaitu melindungi kepercayaan (addeen), melindungi diri daripada mudarat (nafs), melindungi intelek (aql), melindungi zuriat (nasl) dan melindungi kekayaan (mal), beliau berkata Maqasid Syariah tidak berat sebelah kepada jantina, kenegaraan, etnik atau status sosial. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Surat Einstein Cecah RM12 Juta, Nilai Termahal Dibida

Next Post

Peugeot 3008 Menangi Kereta Terbaik Tahun Ini

Related Posts

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Beri Sumbangan Bangunkan Negara

27/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei...

Dr Wan Azizah Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi

26/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar...

Next Post

Peugeot 3008 Menangi Kereta Terbaik Tahun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd