• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajah Baharu Bernama.com Lebih Segar

oleh Cj Mnh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Portal rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, www.bernama.com kini berwajah baharu dengan kandungan dan imej yang lebih segar.

Ketua Pengarang merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab merasmikan portal berkenaan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bernama di tingkat 10, Wisma Bernama hari ini.

Portal ini menawarkan pelbagai kaedah publisiti seperti pengiklanan secara dalam talian, laman web promosi, temu bual eksklusif dan laporan khas, pembangunan laman web, penyelenggaraan serta pembangunan berita dan web dan rakaman untuk webtv.

Kepelbagaian bahasa yang diguna di Bernama.com iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Arab dan Sepanyol menjadikan portal ini sebagai medium promosi yang sangat efektif.

Sejak diperkenalkan pada Julai 1998 sehingga kini, portal ini yang mencatat hampir 10 juta pengunjung setiap bulan, masih menjadi pilihan pengunjung untuk kesahihan sesuatu berita selama dua dekad.

Antara pembaharuan yang dilakukan ialah Berita Negeri yang diberi keutamaan untuk memperluaskan jaringan pengunjung dari setiap negeri.

Ruangan Terbaharu memaparkan berita paling terkini disiarkan sejurus dihantar oleh editor Bernama.

Ruangan Video Tontonan Tertinggi pula diwujudkan untuk memaparkan video yang paling menarik dan kerap ditonton oleh pengunjung.

Laman Mikro seperti Perbankan & Kewangan, Kesihatan, Hartanah, Belia, eBiz, Berita Ringkas@7 diperkasakan dengan paparan terus di muka hadapan.

Selain itu, laman web ini juga lebih responsif. Paparannya berubah secara automatik mengikut kesesuaian peranti yang digunakan seperti komputer, tablet dan telefon pintar.

Portal Bernama ini boleh dilayari melalui www.bernama.com. Maklumat lanjut tentang Bernama.com dan perkhidmatannya boleh didapati dengan menghubungi talian 03-20504477 atau terus emel ke [email protected]. – BERNAMA

Tags: BernamaPortal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

26/02/2025
1

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen mencadangkan supaya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) diperkasa sehingga menjadi agensi berita global dan suara Malaysia...

Senator Ras Adiba Pengerusi Baharu Bernama

24/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Senator Ras Adiba Radzi, 52, dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, dan merupakan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd