PUTRAJAYA – Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur@Pudu Sentral ditutup esok berikutan penutupan jalan-jalan utama ke pusat bandar disebabkan perhimpunan ‘kesyukuran’ Kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata UTC KL@Pudu Sentral akan mula beroperasi semula pada 9 Disember (Ahad). – BERNAMA
