• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unsur LGBT Dalam Filem & Drama Tidak Ditayang Kepada Umum

oleh Ahmad Albab
10/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Unsur atau adegan yang mempamerkan atau mempromosikan budaya hidup songsang seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) akan dipotong dan tidak akan diluluskan untuk tayangan umum, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman ketika menegaskan perkara itu berkata, ia berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan Lembaga Penapisan Filem di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak membenarkan sebarang tayangan berkaitan budaya hidup songsang itu untuk tontonan umum.

“Lembaga Penapisan Filem KDN telah ditubuhkan di bawah Akta 620 Penapisan Filem 2002, yang empat aspek utama perlu diambil kira dalam proses penapisan filem dan drama oleh lembaga berkenaan.

“Aspek-aspek itu adalah aspek keselamatan dan kesejahteraan awam, keagamaan, sosiobudaya serta ketertiban dan ketatasusilaan. Budaya LGBT termasuk di bawah sosiobudaya, jadi lembaga akan memotong dan tidak akan meluluskan apa sahaja adegan dan dialog yang mempromosikan budaya songsang itu dalam filem dan drama,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) mengenai langkah kerajaan untuk menyekat budaya songsang seperti LGBT dalam penerbitan filem dan drama di negara ini.

Ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad mengenai status lakonan pelakon yang mempamerkan budaya songsang, Mohd Azis berkata lembaga berkenaan tidak akan memotong adegan sedemikian sekiranya mendapati terdapat pengajaran yang boleh diambil daripada adegan dan lakonan itu. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: KDNLGBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

29/11/2025
0

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd