• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Masih Relevan, Kena Diberi Peluang

oleh
27/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAR… Tidak semua kepemimpinan tertinggi PAS bersetuju dengan Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah semalam yang lihat UMNO tiada lagi masa depan dan perlu dibubar.

Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang dipetik sebuah akhbar tempatan hari ini dengan berkata UMNO masih relevan sebagai parti teras dalam politik tanah air, khususnya pihak pembangkang.

Malahan jelas Ahli Parlimen Kota Bharu itu lagi, UMNO sebenarnya perlu terus diperkasakan strukturnya bagi membolehkan parti keramat Melayu Islam tersebut mampu dalam menyuburkan amalan demokrasi di negara ini.

“PAS merasakan bahawa kepemimpinan baharu UMNO yang kini diterajui oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hassan perlu diberi peluang untuk merangka strategi terbaik bagi memimpin jutaan ahli parti tersebut.

“Peluang itu dilihat perlu kerana ahli UMNO mahu hala tuju dan cara ‘berpolitik baharu’ terutama selepas tidak lagi jadi Kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan dilaporkan mengulangi pendapat peribadinya bahawa UMNO sudah tidak mempunyai masa depan dalam politik dan mencadangkan agar parti itu dibubarkan.

Beliau selanjutnya berkata, cadangan tersebut telah lama disuarakan dirinya malah telah banyak kali diulang dalam ceramah selepas pelbagai kemelut dalaman melanda parti berusia 72 tahun itu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Takiyuddin Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

TNB Beli Arang Batu AS$3 Bilion Dari Indonesia

31/05/2022
0

AYER KEROH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeterai perjanjian import arang batu dengan pengeksport Indonesia membabitkan nilai AS$3 bilion bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd