• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Saringan Awal Air Kencing Farid Kamil Positif Ganja

oleh
18/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu bahawa keputusan ujian awal saringan urin pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) atau ganja.

Pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya Inspektor Mohd Faizal Abdullah, 32, berkata beliau memperoleh keputusan itu sejurus ujian dilakukan di Bahagian Narkotik IPD di sini, pada 11 Jan lalu, iaitu hari yang sama dengan kejadian pelakon tersebut membuat kekecohan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Beliau yang juga pengadu dalam kes itu berkata beliau telah menerima laporan pada 3.45 petang berkaitan tangkapan seorang lelaki bernama Farid Kamil Zahari, 37, yang dibuat anggota polis trafik, Mohd Nizam Jamaluddin.

“Tujuan saya menjalankan ujian saringan awal air kencing bagi memastikan sama ada tertuduh mengambil sebarang dadah ataupun tidak,” kata saksi pertama pendakwaan itu pada pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran, pada hari pertama perbicaraan kes dadah yang dihadapi Farid.

Menceritakan semula proses ujian saringan awal urin yang dilakukan terhadap Farid itu, Mohd Faizal berkata, pada pukul 4 petang, beliau bersama saksi polis yang lain, iaitu Koperal Hafiz, Koperal Faizol, Lans Koperal Iskandar telah membawa tertuduh ke Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya.

“Sejurus tiba, saya telah berjumpa dengan penyelia pejabat narkotik iaitu Sarjan Farid dan Lans Koperal Afifi. Sarjan Farid kemudian telah mengambil 10 paket plastik yang setiap satunya mengandungi satu botol kosong untuk ujian air kencing yang setiap satunya mengandungi label bagi nombor siri dan pelekat berwarna biru.

“Kemudian, Sarjan Farid juga telah mengeluarkan lima strip ujian air kencing bagi menguji lima jenis dadah berlainan iaitu methamphetamine (syabu), amphetamine, ketamin, morfin dan THC (ganja),” katanya.

Ketika disoal Alia mengenai keadaan 10 paket botol itu, Mohd Faizal berkata kesemuanya masih berada dalam keadaan belum dibuka dan belum digunakan dan Farid telah memilih satu botol dengan nombor siri 1186302.

Mengulas lanjut, Mohd Faizal berkata Farid kemudian telah dibawa ke tandas bagi melakukan proses itu sambil diselia beliau sendiri serta dua saksi polis.

“Selepas memperoleh sampel air kencing Farid di dalam botol itu, ujian dilakukan pada lima strip berkenaan dengan mencelup strip satu persatu tidak lebih 10 saat dan meletakkan di atas penutup botol urin.

“Hasil ujian saringan awal itu mendapati, terdapat satu garisan merah pada strip THC yang bermaksud positif dadah jenis ganja THC,” katanya.

Beliau berkata, Farid juga telah menandatangani borang akuan pemberi yang menunjukkan tertuduh berpuas hati dengan prosedur pungutan air kencing yang telah dijalankan.

Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom.

Pada 25 Jan lepas, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan dadah THC, yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4.30 petang, 11 Jan lalu dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Datuk Farid Kamil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Farid Kamil Farid Gagal Gugur 5 Pertuduhan Jenayah

16/10/2018
0

PETALING JAYA - Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah...

Mahkamah Tolak Permohonan Farid Kamil Dapatkan Pasport

05/10/2018
0

PETALING JAYA - Permohonan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari bagi mendapatkan sementara pasportnya untuk urusan ke luar negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd