• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunjuk Rasa Hormat, Persefahaman Dan Kasih Sayang – Wan Azizah

oleh Ahmad Albab
24/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu untuk terus menunjukkan rasa hormat, persefahaman dan perasaan sayang dalam kalangan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata rakyat negara ini juga perlu terus mengekalkan keamanan dan ikatan persahabatan sedia ada dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah dirobohkan. Bersatu teguh, bercerai roboh. Marilah tumpukan kepada perkara-perkara positif, yang sebenarnya lebih banyak daripada yang negatif.

“Islam mengajar kita supaya bertoleransi di antara satu sama lain. Dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 dan 9, Allah Ta’ala menganjurkan supaya umat Islam berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang bukan Islam yang tidak bermusuhan dengan umat Islam. Sebagai rakyat Malaysia, kita amat beruntung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Hari Krismas yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini.

Dalam perutusan itu, Dr Wan Azizah juga memohon semua rakyat Malaysia supaya mengambil berat akan golongan miskin, uzur, terpinggir dan mereka yang memerlukan tempat untuk berteduh.

“Anggaplah perutusan ini sebagai kad Hari Krismas peribadi saya kepada setiap rakyat yang menyambut Hari Krismas tahun ini. Selamat Hari Krismas. Selamat bercuti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Johor Yakin Tiada Lagi Yang Keluar Parti Selepas Ini

Next Post

Korban Tsunami Meningkat Kepada 280 Orang

Related Posts

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Beri Sumbangan Bangunkan Negara

27/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei...

Dr Wan Azizah Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi

26/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar...

Next Post

Korban Tsunami Meningkat Kepada 280 Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd