• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggu Laporan Bedah Siasat Adib Tentukan Punca

oleh Cj Mnh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tunggu laporan bedah siasat dahulu, bila ada keputusan muktamad, kita akan umumkan,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Dr Lee berkata demikian sebagai mengulas dakwaan seorang peguam yang dilapor mempersoalkan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

“Kita tunggu post-mortem report. Polis sedang lakukan siasatan.

“Memang kita dapat maklumat awal yang beliau terkena himpitan. Tunggu keputusan muktamad,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Hari Penglihatan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) 2018 di sini, hari ini.

Semalam, beberapa portal melaporkan peguam tersebut memuat naik satu status di laman facebook miliknya yang dipercayai merujuk kepada kematian anggota bomba itu. Bagaimanapun peguam itu tidak menyatakan sebarang nama di status tersebut.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 Isnin malam selepas dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lepas.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan pada 1 Januari depan, Dr Lee berkata pemilik premis makanan tidak akan disaman sekiranya mereka mempamerkan papan tanda larangan merokok dan tidak menyediakan bekas abu rokok

“Memang banyak bantahan (penguakuatkuasaan larangan merokok). Tetapi mereka yang sokong pun ramai. Pengusaha restoran ramai yang bimbang dan takut disaman,” katanya.

Dr Lee berkata lebih 5,000 pegawai penguatkuasa kesihatan akan digerakkan selepas penguatkuasaan larangan merokok itu bermula. – BERNAMA

Tags: Bedah Siasatpunca kematian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Dikendali Tiga Pakar Forensik

Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Dikendali Tiga Pakar Forensik

30/08/2025
0

Kuala Lumpur: Tiga pakar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) akan menjalankan autopsi ke atas jenazah pegawai kadet Pasukan Latihan...

Bedah Siasat Zara Qairina Dijangka Selesai Petang Ini

Bedah Siasat Zara Qairina Dijangka Selesai Petang Ini

10/08/2025
0

KOTA KINABALU: Proses bedah siasat jenazah Zara Qairina Mahathir, 13, dijangka selesai petang ini atau selewat-lewatnya malam ini. Peguam keluarga,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd