• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tsunami: Tiada Rakyat Malaysia Dilaporkan Terbabit

oleh Ahmad Albab
23/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit setakat ini dalam insiden kejadian ombak besar akibat tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa, Indonesia.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dalam satu kenyataan, memaklumkan ia akan terus memantau kejadian ombak besar akibat tsunami di Banten, Jawa dan Lampung, Sumatera itu dengan rapi dan memberikan maklumat sewajarnya berhubung insiden itu.

“Rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pegawai Bertugas di talian +62 813 80813036 ,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa kejadian gelombang dan ombak besar yang berlaku di pesisiran pantai Lampung Selatan, Sumatera dan Pandeglang, Serang dan Cilegon di Banten, Jawa kira-kira jam 9.20 malam tadi itu (waktu tempatan) adalah gelombang tsunami.

“Kejadian tsunami dipercayai disebabkan oleh tanah runtuh dalam laut susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda.

“Gunung berapi ini mengalami letusan kecil sejak kebelakangan ini. Tsunami ini menyebabkan sekurang-kurangnya 43 kematian dan hampir 500 mangsa cedera. Sehingga kini, tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia terbabit dengan kejadian ini,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Selat SundaTsunami
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

30/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd