• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Tindakan Yang Menghalang Cara Hidup Aman & Harmoni

oleh Cj Mnh
24/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – ​​​​Ketua Menteri ​​​Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menggesa rakyat agar menolak dengan berani segala bentuk rancangan dan tindakan yang dianggap menghalang cara hidup Malaysia yang aman dan harmoni.

“Biarlah rasa cinta terhadap kedamaian kukuh tertanam di hati kita, mendorong kita untuk mempromosi tanpa penat lelah, keamanan dan harmoni,” katanya dalam perutusan Hari Krismas.

Beliau berkata Krismas adalah waktu bila mesej keceriaan dan kedamaian didengar dan disebarkan begitu jauh dan meluas.

“Kita juga melihat ini sebagai saat-saat bahagia untuk kita bertafakur sejenak dan mensyukuri pelbagai nikmat yang telah kita terima.

Tahun ini sebenarnya merupakan tahun yang luar biasa bagi negeri dan negara kita.

“Kuasa Ilahi telah membolehkan rakyat berfikir dengan mendalam, mendorong mereka bergerak dengan berani dan penuh azam ke arah perubahan; perubahan untuk cara hidup yang lebih baik,” kata beliau.

“Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei telah memberikan rakyat Malaysia kebolehan dan hak untuk menolak sebuah regim yang korup dan menindas, mengakibatkan kesulitan dan kesengsaraan kepada negara dan warganya.

“Rakyat telah memilih pemimpin yang boleh mereka percayai, yang mempunyai rancangan dan program yang boleh melindungi hak mereka dan kepercayaan terhadap penggunaan secara bijak sumber kekayaan negara kita,” kata beliau.

Ketua menteri berkata kesemua menteri dan agensi dalam kerajaan negeri Sabah kini siap sedia sepenuhnya untuk mula menyampaikan hasil dan faedah yang begitu diharap oleh rakyat.

“Kita, dengan ini, menyertai masyarakat Kristian di negara, dalam merayakan Krismas,

“Bagi pihak Kerajaan Sabah, isteri dan keluarga saya mengucapkan selamat Hari Krismas,” katanya. – BERNAMA

Tags: cara hidupharmoni
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPS Bertambah, 1,813 Mangsa Dipindahkan Di Kedah

Keharmonian Bilik Persalinan Rahsia JDT

28/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menyifatkan keharmonian dalam bilik persalinan merupakan antara faktor penting anak buahnya...

Kekal Harmoni Walau Beza Tarikh Aidilfitri

Kekal Harmoni Walau Beza Tarikh Aidilfitri

20/04/2023
0

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Undang-undang, dan Keselamatan, Mahfud MD meminta rakyat Indonesia mengekalkan keharmonian walaupun negara republik itu dijangka mempunyai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd