• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Belanja Lebih RM1 Juta Baiki Rumah Sejak 2007

oleh
07/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membelanjakan lebih RM1.77 juta untuk membaik pulih atau membina baharu 43 buah rumah melalui Projek Baiti Jannati (dahulu dikenali sebagai Rumahku Syurgaku) di Johor sejak 2007.

Ketua Perkhidmatan Pelanggan Johor Bahagian Retail TNB Datuk Baderul Sham Saad berkata pada tahun ini sahaja, kerja-kerja membaik pulih atau membina baharu rumah itu melibatkan sebanyak 30 unit rumah manakala baki selebihnya dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya.

Tahun depan, sebanyak 12 rumah lagi disasarkan untuk dibaiki atau dibina baharu.

“Projek Baiti Jannati adalah program Tanggungjawab Sosial Korporat TNB yang sejajar dengan saranan kerajaan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membantu dalam usaha membaiki rumah atau membina baharu rumah golongan yang memerlukan supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa.

“Golongan ini ialah golongan miskin dan asnaf terpilih meliputi ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin luar bandar dengan setiap rumah diperuntukkan RM50,000,” katanya pada Program Kembali ke Sekolah dan Penyerahan Berkelompok Projek Baiti Jannati negeri Johor 2018 di sini hari ini. Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian menyaksikan seramai sembilan penerima Projek Baiti menerima kunci rumah masing-masing manakala 200 murid dari keluarga yang memerlukan pula menerima bantuan kelengkapan persekolahan bernilai RM200 setiap seorang.

Sementara itu, seorang penerima projek berkenaan, Mohamad Md Salleh, 71, berkata atas keprihatinan TNB, dia bersama isteri kini sudah berupaya hidup selesa bersama serta seorang anak dan seorang cucu lelaki mereka.

“Dahulu saya tinggal di rumah pusaka arwah bapa. Atap banyak bocor, papan untuk dinding pula mereput kerana rumah sudah berusia kira-kira 100 tahun.

Apabila ribut atau angin kuat, pasti atap tercabut tetapi kini sudah terasa selesa. Rumah pula ada tiga bilik tidur dan satu bilik air berbanding hanya satu bilik tidur dahulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: TNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd