• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Tindakan Ke Atas Pihak Mahu Guling MB Perak

oleh Ahmad Albab
07/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiada tindakan akan diambil terhadap pihak yang ingin menjatuhkan saya sebagai Menteri Besar selagi siasatan pihak berkuasa berhubung kes berkenaan belum selesai sepenuhnya, demikian kata Menteri Besar Perak, ​​​​​​Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berkata, setakat ini pihaknya tidak melihat kesalahan yang dilakukan oleh anggota exco Kerajaan Negeri yang digambarkan sebagai dalang komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar seperti mana didakwa Ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad sebelum ini.

“We don’t see any wrong doing within the exco member or PH members, so why we take any action…but if the authorities like MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission) and police think that there is a wrong attempt to topple the menteri besar (“Kita tidak melihat sebarang perbuatan salah dalam kalangan anggota exco atau anggota PH, jadi kenapa kita perlu ambil sebarang tindakan…. tetapi jika pihak berkuasa seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis berpendapat bahawa terdapat cubaan untuk menjatuhkan Menteri Besar).

“…kita mengalu-alukan dan serahkan kepada pihak berkuasa (untuk melakukan siasatan lanjut),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan anjuran Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun yang disertai kira-kira 20 kanak-kanak pelbagai peringkat usia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada PH akan mengambil tindakan terhadap pihak yang ingin menjatuhkannya.

Selasa lepas, Saarani semasa perbahasan Belanjawan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri seolah-olah menggambarkan Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Dr Abdul Aziz Bari sebagai dalang komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar.

Bagaimanapun, Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan (ADUN) Negeri Tebing Tinggi menafikannya dan menyifatkan dakwaan Saarani sebagai satu ‘cerita kartun’ serta gimik murahan untuk menarik perhatian dalam politik.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perak telah memanggil Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri serta lima ADUN dari parti itu iaitu ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Datuk Sham Mat Sahat (Alor Pongsu), Khairul Shahril Mohamed (Bota), Maslin Sham Razman (Bukit Chandan) dan Dr Jurij Jalaluddin (Lubuk Merbau).

Rabu lepas, Abdul Aziz telah memberi keterangan selama dua jam kepada SPRM negeri mengenai isu fitnah menjatuhkan Menteri Besar. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal AzumuExco
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Arahan DBKL Pindah Kenderaan Tidak Wajar – Takiyuddin

Next Post

Spesis Pupus Maskot UNESCO Global Geopark Langkawi

Related Posts

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

12/05/2025
0

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam...

Next Post

Spesis Pupus Maskot UNESCO Global Geopark Langkawi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd