• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kenaikan Harga Kelengkapan Persekolahan Di Perlis -KPDNHEP

oleh Cj Mnh
24/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis tidak menerima sebarang aduan mengenai harga kelengkapan persekolahan termasuk kasut hitam.

Pengarahnya Khairul Amin Talib berkata pemantuan akan berterusan hingga 6 Januari depan bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan terutama menjelang pembukaan sesi persekolahan awal Januari ini.

“KPDHEP mengalukan-alukan aduan orang ramai dan jika meragui harga yang dipamerkan, mereka hendaklah terus menghubungi pejabat ini supaya tindakan dapat diambil segera di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” kata Khairul Amin.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2018 di Pasaraya Giant Kangar di sini, hari ini. Pengurus Pasaraya Giant, Kangar Alimuddin Ummareng turut hadir.

Khairul Amin berkata pemantauan yang dibuat oleh pihaknya sejak semalam juga mendapati harga 16 barangan kepelruan awam yang dikawal masih di bawah harga siling.

Khairul Amin berkata KPDNHEP berpuas hati dengan sikap peniaga di negeri ini kerana mematuhi peraturan khususnya mempamerkan harga barang jualan terutama barang kawalan.

Bekalan barang keperluan dalam musim perayaan Krismas adalah mencukupi dan orang ramai tidak pelru bimbang, katanya dan meanmbah penguatkuasaan pelaksanaan Skim Kawalan Harga bermula semalam sehingga 27 Disember ini bertujuan menyekat kenaikkan harga.

Beliau berkata aduan salahlaku peniaga khususnya menaikkan harga sewenang-wenangnya boleh disampaikan kepada KPDNHEP melalui talian 03-80008000 di Malaysia Government Call Centre (MYGCC), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) di 03-88826245/6088.

Aduan juga dibuat melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU, email ke alamat e-aduan@kpdnhep.gov.my atau dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) ke 15888 dengan menaip “KPDNHEP ADUAN ” lapor/hadir ke mana-mana 73 buah pejabat KPDNHEP di seluruh negara atau WhatApps ke 019-2794317,” katanya. – BERNAMA

Tags: barang sekolahharga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemimpin PBB Dukacita Atas Kehilangan Nyawa Dalam Bencana Tsunami Di Indonesia

Next Post

Polis Johor Letak Pegawai Perhubungan Di Rumah Ibadat

Related Posts

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

Harga Beras Putih Import Turun Hingga RM2

Harga Beras Putih Import Turun Hingga RM2

08/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Rata-rata peniaga menurunkan harga beras putih import (BPI) antara RM1.50 hingga RM2 bagi 10 kilogram (kg). IKUTI CHANNEL...

Next Post

Polis Johor Letak Pegawai Perhubungan Di Rumah Ibadat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd