• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Susut Nilai Ringgit Semakin Mengecil – Amiruddin

oleh
19/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit kini semakin stabil dengan tahap penyusutan berada pada kadar 2.9 peratus setakat 13 Dis, 2018.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata susut nilairinggit berbanding dolar AS semakin mengecil daripada 4.4 peratus pada suku kedua tahun ini kepada 2.5 peratus pada suku ketiga dan satu peratus pada suku keempat sehingga tempoh 13 Dis 2018.

“Prestasi ringgit juga semakin stabil berbanding mata wang serantau lain yang telah menyusut antara nilai 0.1 peratus hingga 10.7 peratus berbanding dolar AS.

“Negara seperti Malaysia dan Thailand yang mempunyai asas ekonomi kukuh seperti lebihan akaun semasa dan kadar inflasi yang rendah tidak mengalami menyusutan mata wang mendadak dan menunjukkan prestasi lebih baik berbanding mata wang lain,” katanya semasa sesi penggulungan Kementerian Kewangan di sidang Dewan Negara, hari ini.

Bagaimanapun, Amiruddin berkata, ​​​​​​​kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) akan sentiasa memastikan ringgit berada dalam keadaan stabil melalui langkah proaktif untuk memastikan kecairan yang mencukupi dan pasaran yang berdaya tahan.

“Dalam jangka masa panjang nilai ringgit akan didorong terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara. Oleh yang demikian Malaysia perlu menumpukan usaha untuk meningkatkan daya tahan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber dan memperkukuh kedudukan fiskal negara,” katanya.

Mengenai sejauh mana kerajaan memantau nilai ringgit berikutan kemungkinan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat, beliau berkata, dasar semasa BNM telah dan akan membantu Malaysia bertahan semasa tempoh ketidaktentuan tanpa menjejaskan ekonomi negara.

“Dasar ini termasuk kadar tukaran ringgit yang fleksibel, akan memainkan peranan penting sebagai penyerap kejutan luaran tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi domestik,” katanya.

Selain itu, Amiruddin berkata, kerajaan juga akan memastikan keadaan pasaran kewangan lancar dengan mengambil langkah proaktif bagi memastikan kecairan yang mencukupi, berdaya tahan dan mengurangkan spekulasi bagi mengelakkan ketidaktentuan ringgit yang ketara di samping penggunaan rizab antarabangsa mengikut keperluan untuk menstabilkan pasaran.

Beliau berkata dalam jangka masa panjang, kerajaan melalui BNM akan terus mengkaji langkah pembangunan pasaran untuk meningkatkan daya tahan pasaran wang domestik terhadap sebarang ketidaktentuan yang ketara. – BERNAMA

Tags: susut nilai ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd