• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Tamat Tugas Memangku YDP Agong

oleh
01/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berangkat meninggalkan Istana Negara setelah menamatkan tugas memangku Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan.

Sultan Nazrin yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sebelum itu berkenan menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat sebelum pasangan diraja berkenaan meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira 5 petang.

Istiadat yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja dimulakan dengan bacaan warkah menjunjung kasih oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Istiadat diteruskan dengan penyampaian cenderamata oleh Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali kepada pasangan diraja itu.

Keberangkatan pulang baginda berdua ke Istana Hinggap Perak di sini diiringi lambaian 500 pegawai dan warga kerja Istana Negara. — LAGI

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan isteri Datin Seri Hamidah Osman mengiringi keberangkatan baginda berdua.

Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Sejurus tiba di Istana Hinggap Perak, panji peribadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong diturunkan oleh lapan anggota tentera diketuai Staf Sarjan Mohd Shaiful Abdul Rashid.

Panji tersebut dilipat dan diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Istiadat di Istana Perak diakhiri dengan upacara menaikkan panji peribadi Sultan Perak.

Pada 2 Nov lalu, Sultan Nazrin Shah menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sehingga hari ini. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Sultan Perak Jalankan Fungsi Agong

18/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd