• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Berkenan Lawat MAHA 2018

oleh
02/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan melawat pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 sempena hari terakhir ekspo itu.

Baginda yang ditemani Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berangkat tiba di perkarangan Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, pada pukul 10 pagi.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan meluangkan masa selama satu jam dengan mencemar duli melawat ke Laman Perikanan dan Laman Ternakan.

Manakala, rumah pameran Pavilion Perak menjadi lokasi singgahan terakhir baginda sebelum berangkat pulang pada kira-kira pukul 11 pagi.

Dalam lawatan itu, baginda turut diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani​​​​​​​ Datuk ​​​​​​​Salahuddin Ayub dan Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meluangkan masa mengadakan lawatan selama kira-kira 15 minit ke beberapa tapak pameran di MAHA 2018.

MAHA 2018 yang bermula pada 22 Nov lepas akan melabuhkan tirainya pada pukul 10 malam ini. – BERNAMA

Tags: MAHASultan Perak Sultan Nazrin Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Faizal Dipanggil Menghadap Sultan Perak

03/03/2020
0

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih belum bersedia untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan pentadbiran...

FAMA Raih RM6.35 Juta Jualan Sehingga 1 Dis

03/12/2018
0

SERDANG – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya mencatat nilai jualan berjumlah RM6.35 juta melalui enam segmen kendaliannya pada pameran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd