• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhakam Akan Terus Pejuang Ratifikasi ICERD

oleh Haris
12/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN Hari Hak Asasi Manusia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Petaling Jaya hari ini membuktikan keperluan perhimpunan umat Islam semalam.

Sambutan itu antara lain bertujuan mempertegaskan perjuangan hak asasi manusia yang dibawa oleh Suhakam, yang termasuk perjuangan menerima ICERD yang diakui sendiri oleh pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail.

Kata Razali, perjuangan untuk mendesak kerajaan meratifikasi konvensyen itu masih belum selesai, yang bermakna mereka tetap konsisten mahu ICERD diterima walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berjanji tidak menerima konvensyen itu.

Satu lagi tanda yang mesti dilihat oleh orang Islam ialah kehadiran Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto yang telah menghina umat Islam apabila membuat kenyataan mengaitkan umat Islam dengan amalan pedofail dalam isu perkahwinan bawah umur.

Secara menghina dan biadap, dia menulis yang kanak-kanak dijadikan hiburan apabila mengongsi satu berita mengenai hiburan di Kelantan.

Kehadiran ahli Parlimen DAP ini jelas satu mesej kepada umat Islam yang perjuangan hak asasi mereka ini menolak pertimbangan yang dipegang oleh umat Islam.

Perhimpunan Suhakam ini juga bertentangan dengan aspirasi umat Islam, kerana pada asalnya dirancang diadakan pada 8 Disember, untuk menyaingi perhimpunan umat di Dataran Merdeka.

Malah, apabila keputusan membatalkan perhimpunan itu diumumkan, disebut-sebut bahawa ancaman keselamatan menjadi sebab, seolah-olah orang Islam akan membahayakan mereka.

Perhimpunan mereka yang begitu jauh dari Dataran Merdeka, di Petaling Jaya, langsung tidak memberi kesan kepada perhimpunan umat Islam tersebut, dan amat tidak masuk akal kalau dikatakan mereka terancam.

Apa yang penting, perlu diingati ialah kenyataan Suhakam sendiri yang perjuangan meratifikasi ICERD masih belum berakhir, dan mereka akan terus menasihati kerajaan agar menerima konvensyen antarabangsa itu. – Mynewshub.tv

Tags: ICERDSuhakam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

07/09/2023
0

SEMPORNA - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM), dan Suruhanjaya Hak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd