• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stok Minyak Sawit Malaysia Meningkat 10.45% Pada November

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stok minyak sawit Malaysia pada November meningkat 10.45 peratus kepada 3.01 juta tan metrik daripada 2.72 juta tan metrik pada Oktober.

Stok minyak sawit mentah (MSM) meningkat 10.91 peratus kepada 1.79 juta tan metrik semasa bulan itu daripada 1.61 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Stok minyak sawit diproses naik sebanyak 9.79 peratus kepada 1.22 juta tan metrik daripada 1.11 tan metrik sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam laporan “Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia bagi Bulan November 2018” yang dikeluarkan di sini, hari ini.

MPOB berkata bagaimanapun MSM turun 6.09 peratus kepada 1.85 juta tan metrik pada November daripada 1.96 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran isirung sawit juga jatuh sebanyak 6.99 peratus kepada 451,725 tan metrik pada November berbanding 485,666 tan metrik pada Oktober.

MPOB berkata eksport minyak sawit susut 12.87 peratus kepada 1.38 juta tan metrik pada November daripada 1.58 juta tan metrik pada Oktober, manakala eksport oleokimia berkurangan 12.05 peratus kepada 246,964 tan metrik daripada 280,806 tan metrik.

Eksport minyak isirung sawit meningkat sebanyak 28.76 peratus kepada 99,640 tan metrik daripada 77,385 tan metrik dalam bulan sebelumnya dan eksport dedak isirung sawit jatuh 26.42 peratus kepada 166,217 tan metrik daripada 225,901 tan metrik.

Pada November, eksport biodiesel berkurangan 21.06 peratus kepada 44,091 tan metrik berbanding 55,857 tan metrik pada Oktober. – BERNAMA

Tags: minyak sawitstok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd