• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Tiada Sistem Amaran Tsunami Sejak 2012

oleh
25/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAGAL… Sistem amaran pelampung tsunami Indonesia sebenarnya tidak berfungsi sejak tahun 2012, dedah seorang pegawai tempatan semalam yang dipetik agensi berita MediaCorp Singapura.

Pendedahan cukup gempar itu menerusi kicauan akaun Twitter disahkan sumber tersebut susulan dua hari pasca bencana tsunami melanda kawasan-kawasan pantai sekitar Selat Sunda, antara pulau Sumatera dengan Jawa.

“Perbuatan penduduk merosak harta benda awam, kurang dana, masalah teknikal adalah sebab kami tidak ada sistem amaran awal tsunami,” kata jurucakap Agensi Bencana Alam Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

Beliau menambah, sistem itu perlu dibangunkan semula bagi memastikan Indonesia mempunyai sistem makluman amaran awal tsunami yang “dicetuskan oleh gelongsoran tanah di bawah air dan letusan gunung berapi”.

“Akibat ketiadaan sistem ini, kami gagal mengesan tsunami di peringkat awal,” tambah Sutopo sambil mengesahkan bahawa tiada amaran tsunami yang dikeluarkan semasa kejadian letusan Anak Krakatau pada malam berkenaan.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata bahawa Indonesia secara teknikal belum lagi mempunyai sistem amaran awal tsunami yang boleh mengesan gelongsoran tanah dan letusan gunung berapi di bawah air.

Sutopo menukil beberapa contoh gempa bumi sebelum ini yang mencetuskan gelongsoran tanah di bawah air dan menyebabkan tsunami termasuk kejadian tsunami-gempa Palu di pulau Sulawesi baru-baru ini.

Buat masa ini, negara itu mujur hanya ada sistem amaran awal yang dicetuskan oleh gempa bumi. Beliau menambah: “127 gunung berapi atau 13 peratus jumlah keseluruhan gunung berapi dunia terletak di Indonesia.”

Sejumlahnya wujud di bawah air dan berupa pulau kecil yang apabila meletus, boleh mengakibatkan tsunami. Sutopo selanjutnya berkata agensi pemerintah, serta institusi pengajian tinggi berdepan cabaran untuk bangun sistem itu.

Bencana alam lain, termasuk tanah runtuh, letusan gunung berapi, kebakaran hutan, cuaca kering dan puting beliung juga memerlukan sistem amaran awal, tambah Sutopo.

“Ini akan menyampaikan maklumat kepada orang ramai sebelum bencana berlaku.”

Lebih 200 orang terkorban dan beratus-ratus lagi cedera selepas tsunami membadai pulau-pulau Sumatera dan Jawa pada Sabtu malam, menurut pihak berkuasa Indonesia.

Pakar-pakar memberi amaran bahawa satu lagi tsunami mungkin akan melanda Indonesia ketika siri aktiviti gunung berapi Anak Krakatau berterusan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Selat SundaTsunami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

30/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd