• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

oleh
31/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur bakti di negeri kelahirannya pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Pemain berusia 39 tahun itu berkata usia yang semakin meningkat itu bukan satu halangan dalam sukan bola sepak namun beliau berazam untuk mencapai sesuatu kejayaan bersama skuad Sang Kancil.

“Bila saya dan pemain-pemain baharu datang ke sini (Melaka United) kami datang bukan hanya untuk ‘makan gaji’ tetapi bersama pasukan ini kita mahu mendapatkan kejayaan yang boleh dibanggakan.

“Dengan sokongan padu oleh penyokong-penyokong, kita sudah pasti tidak mahu menghampakan harapan mereka, kami akan berusaha untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir dan menempatkan kedudukan pasukan ini dalam kelompok terbaik,” katanya kepada Bernama.

Pemain pertahanan itu berkata mereka juga memerlukan masa untuk mendapatkan keserasian antara pemain tempatan dan juga pemain import bagi mempersiapkan sebuah pasukan yang terbaik.

Katanya, buat masa ini beliau berharap penyokong tidak meletakkan jangkaan terlalu tinggi tetapi mereka sedaya upaya berusaha untuk mempamerkan sesuatu untuk dibanggakan.

Shukor berkata berkenaan sesiapa akan menjadi ketua pasukan, perkara itu tidak perlu dijadikan sesuatu isu dan ia terpulang kepada Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan untuk menentukan siapa yang bakal mengemudi pasukan itu dalam saingan musim depan.

“Sama ada Safiq (Rahim), Razman (Roslan) ataupun saya itu tidak perlu dijadikan isu, semua memiliki kelebihan masing-masing, apa yang penting kita lakukan adalah memikirkan bagaimana cara untuk naikkan pasukan ini,” katanya.

Sementara itu, Safiq berkata beraksi dengan pasukan baharu beliau mahu memberikan yang terbaik bersama rakan sepasukan selain mengikut segala perancangan jurulatih di padang.

“Kebanyakan ramai muka-muka baharu dalam pasukan ini, namun apa yang penting kita bekerjasama dan saya akan membantu Melaka United,” katanya. – BERNAMA

Tags: Melaka UnitedShukor Adan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Melaka United Ikat Safiq Rahim, Shukor Adan

10/12/2018
0

MELAKA – Melaka United berazam mengorak langkah lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2019 apabila mendapatkan khidmat dua bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd