• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selitkan Pendidikan Antirasuah Dalam Buku Teks – MCPF

oleh
09/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia (MCPF) mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan (MOE) supaya memasukkan pendidikan antirasuah dalam mata pelajaran agama dan pendidikan moral.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, unsur pendidikan antirasuah wajar diperkenalkan bermula Tahun Lima agar sejak kecil lagi, pelajar sudah membenci rasuah, sama seperti mereka dididik supaya membenci dadah.

“Diharapkan, Kementerian Pendidikan akan memberi sokongannya agar cadangan ini menjadi kenyataan dengan memperkenalkan subjek pencegahan rasuah dalam mata pelajaran moral.

“Cara paling wajar dan berkesan untuk mencegah rasuah ialah dengan memulakannya di peringkat sekolah kerana ia boleh membantu melahirkan generasi muda Malaysia yang bencikan dan menolak rasuah dalam sebarang bentuk,” kata beliau dalam kenyataan, di sini hari ini.

Lee juga berkongsi laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menunjukkan peningkatan kecenderungan dalam kalangan mahasiswa untuk menerima rasuah sekiranya mereka memegang kuasa dan berpeluang untuk berbuat demikian.

Kajian SPRM pada 2016 itu menunjukkan 16 peratus daripada 1,000 pelajar yang menjadi responden bersedia menerima rasuah, manakala 18.5 peratus lagi bersedia menerima suapan sekiranya mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan.

Lee turut berkongsi hasil kaji selidik tentang Persepsi Pelajar Tentang Rasuah oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) bahawa seorang daripada setiap tiga pelajar universiti tempatan berpendapat menerima hadiah dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan sebagai ganjaran bagi perkhidmatan yang diberi, bukan merupakan rasuah.

“Kita perlu asuh pelajar dengan nilai moral sejak mereka muda lagi supaya apabila mereka meninggalkan alam persekolahan atau universiti untuk memasuki dunia bekerja, mereka sudah mempunyai kesedaran tentang perlunya mereka tidak terbabit dengan rasuah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bersatu Negeri Sembilan Akan Sentiasa Tegur Menteri Kabinet

Next Post

Doktor Muda Berputih Mata Diperdaya Macau Scam, Rugi RM29,997

Related Posts

Serah Senarai Kabinet Kepada SPRM, Polis Langkah Tepat

09/03/2020
0

SHAH ALAM - Inisiatif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan senarai anggota Kabinet untuk tapisan Polis Diraja Malaysia (Polis)...

Segera Naikkan Gaji PDRM

11/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Cadangan dan pelaksanaan bagi menambah baik gaji, logistik dan keperluan anggota polis terutama yang berpangkat rendah perlu...

Next Post

Doktor Muda Berputih Mata Diperdaya Macau Scam, Rugi RM29,997

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd