• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Tak Kisah Uqasha Keluar Dengan Lelaki Lain’

oleh
01/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebagai bukti mereka sekadar kawan, pelakon, Ben Amir, tidak kisah andai aktres jelita yang dikaitkan intim dengannya, Uqasha Senrose, keluar dengan lelaki lain.

Katanya, pihak luar yang tidak mengetahui situasi sebenar menyalah tafsir persahabatan mereka sejak empat tahun lalu dan menggembar-gemburkannya sebagai ikatan cinta.

“Sejak dulu, saya tidak pernah mengiyakan gosip hubungan kami kerana menyangka ia sekadar usikan. Saya cuma menjelaskan kami rapat sebab saya memang tidak mempunyai ramai kawan perempuan.

“Kebetulan pula kami berdua boleh ‘ngam’ dan selesa berkawan. Tetapi, saya tidak kisah pun jika dia mahu keluar dengan orang lain. Itu hak dia.

“Setakat ini, saya sendiri terikat dengan jadual penggambaran drama bersiri. Jika ada hari senggang pula, saya lebih suka memerap di rumah dan tidur, sampai tak sempat cari kekasih. Dalam soal cinta, saya enggan terburu-buru. Bagi saya, kenali dulu hati budi sebelum mendahulukan perasaan,” kata bintang drama bersiri 100 episod, Cinta Tiada Ganti itu.

Menerusi drama yang sudah pun tamat tayangannya, baru-baru ini, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 27, bergandingan dengan adik Uqasha, Nelydia Senrose, yang memegang watak Arabella.

“Saya memegang watak Khai yang menyayangi Arabella sepenuh hati. Dalam kisah itu, kami bercinta, namun saya dan Nelydia tidak kekok berlakon bersama kerana sudah saling mengenali.

“Walaupun julung kali digandingkan, kami cepat serasi di set hinggalah penggambaran yang memakan masa lebih sembilan bulan diselesaikan dengan sempurna.

“Apabila bekerja dengan pasukan yang menyeronokkan, tak terasa pun kita sedang bekerja. Malah, kadang kala saya berasa tidak sabar mahu memulakan tugas,” katanya. – BH Online

Tags: Ben Amiruqasha senrose
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Terus Komited Pulihkan Ekonomi Negara

Next Post

Cadangan Waktu Pusat Hiburan Akan Ditentukan

Related Posts

Kamal Adli, Uqasha Senrose Rasmi Bergelar Suami Isteri 5 November Lalu

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri....

Pilih Antara Stail Rambut Vin Diesel, Ben Amir

12/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas tular di laman sosial aksi beberapa lelaki memakai ‘baju kelawar’ menjadi perhatian Perdana Menteri, Tan Sri...

Next Post

Cadangan Waktu Pusat Hiburan Akan Ditentukan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd