• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Catat Kematian Ke-15 Akibat Rabies

oleh
11/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang lelaki warga emas yang disahkan dijangkiti rabies semalam, meninggal dunia hari ini menjadikan angka kematian akibat penyakit itu di negeri ini 15 kes sejak dikesan pada 30 Jun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa berusia 64 tahun dari bandar raya ini meninggal dunia pada 6.45 pagi tadi.

“Semalam, ujian makmal mendapati mangsa positif rabies. Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata Jumaat lepas, seorang lelaki berusia 74 tahun turut dilaporkan meninggal dunia akibat rabies.

“Dengan pengesahan dua kes terbaharu ini, jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak adalah 16 kes termasuk 15 kematian,” katanya.

Katanya mangsa yang masih hidup ialah seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang mengalami komplikasi neurologi yang teruk dan kini dirawat di rumah.

Sehingga kini kerajaan negeri Sarawak telah mengisytiharkan 56 kawasan di 11 bahagian di negeri itu sebagai kawasan jangkitan rabies kecuali Limbang. – BERNAMA

Tags: Isu Rabies
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Peningkatan Dalam Pengeluaran Tabung Haji

Next Post

Muhammad Adib Tidak Lagi Memerlukan Mesin Sokongan Paru-Paru

Related Posts

Pasukan Tambahan Tangkap Anjing Liar Ditubuh

28/01/2018
0

SIBU – Pasukan tambahan yang bertindak segera untuk menangkap anjing liar sebaik sahaja menerima panggilan atau aduan daripada orang ramai...

Jangan Politikkan Isu Rabies – Zambry

02/08/2017
0

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS) diwartakan sebagai kawasan rabies selepas dinasihati oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, bukan dibuat sesuka hati. Oleh itu beliau meminta agar perkara berkenaan tidak dipolitikkan kerana keputusan untuk mewartakan kawasan tersebut kawasan rabies adalah...

Next Post

Muhammad Adib Tidak Lagi Memerlukan Mesin Sokongan Paru-Paru

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd