• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

oleh
26/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat belian baharu terhadap unit tempatan itu ditengah-tengah situasi penutupan sebahagian daripada operasi kerajaan Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.1750/1790 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1860 pada Isnin.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum menyambut Hari Natal.

Di pasaran tempatan, Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata ringgit tidak dijangka mencatatkan sebarang kemajuan ketara menuju ke Tahun Baru kerana sentimen risiko masih kekal lemah.

“Ini disebabkan oleh dagangan harga minyak yang rendah dan pasaran masih bimbang dengan pertumbuhan global yang mencetuskan penjualan besar-besaran ekuiti global,” katanya.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0441/0486 daripada 3.0451/0484 pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.7755/7802 daripada 3.7651/7681 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.2981/3040 daripada 5.2907/2957 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.7528/7578 daripada 4.7661/7704. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd