• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan peningkatan permintaan untuk unit tempatan berkenaan.

Pada 9.18 pagi, ringgit berada pada paras 4.1800/1840 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1880 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata pelabur mengalihkan tumpuan kepada ringgit dengan prestasi dolar AS pula memaparkan petunjuk untuk lebih perlahan ketika data harga pengguna bagi November di negara maju itu masih tidak berubah.

“Data lemah ini hanya menyokong pandangan bahawa teras inflasi itu kekal kukuh namun tidak cukup untuk mempengaruhi pihak Rizab Persekutuan AS mengambil pendirian lebih agresif. Ini sekali gus mengurangkan jangkaan terhadap jumlah kenaikan kadar faedah AS pada tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, ​​​​​​​ringgit kebanyakannya didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura yang menyaksikannya hampir tidak berubah pada 3.0462/0493 daripada paras 3.0462/0509 yang dicatat semalam.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.6861/6906 berbanding 3.6858/6912, rendah berbanding pound Britain kepada 5.2747/2815 daripada 5.2434/2501 dan turun berbanding euro kepada 4.7514/7580 daripada 4.7398/7471. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd