• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penyusutan yang dialaminya semalam untuk dibuka lebih rendah berbanding dolar US hari ini berikutan harga minyak mentah yang lemah.

Pada 9.01 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.1550/1600 berbanding dolar US daripada paras 4.1525/1555 yang dicatatkan semalam.

Seorang peniaga berkata, pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) di Austria hari ini.

“Ramai penganalisis menjangkakan mesyuarat itu akan berakhir dengan keputusan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah. Namun, segelintir pelabur lain meragui unjuran itu dan ini memberi tekanan terhadap ringgit berikutan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih minyak dan gas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perdagangan OANDA bagi Asia Pasifik, Stephen Innes menjangkakan ringgit akan diniagakan dalam dagangan lebih kecil kerana akan dipengaruhi dengan perkembangan di OPEC.

Sewaktu dibuka pagi ini, ringgit kebanyakannya diniagakan lebih rendah berbanding kelompok mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura.

Ia lemah berbanding yen kepada 3.6802/6857 daripada 3.6754/6784 pada Rabu, susut berbanding euro kepada 4.7151/7224 daripada 4.7077/7115 dan turun berbanding pound kepada 5.2852/2932 daripada 5.2832/2891.

Bagaimanapun, berbanding dengan dolar Singapura, ringgit naik kepada 3.0357/0400 daripada paras 3.0366/0392 sebelum ini. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd