• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Red Devils Kurang Semangat Juang – Mourinho

oleh
02/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyifatkan skuad kendaliannya tiada semangat juang dan segelintir pemain tidak faham betapa ‘yang mudah itu genius’ selepas Red Devils terikat 2-2 bertemu Southampton dalam kempen Liga Perdana, semalam.

United ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu, Manchester City selepas mengharungi tiga perlawanan liga berturut-turut tanpa kemenangan tetapi keputusan seri menyaksikan kelab itu bangkit daripada ketinggalan dua jaringan.

Gol daripada Romelu Lukaku – jaringan pertama pemain Belgium itu sejak pertengahan September – dan Ander Herrera mengubah perlawanan sebelum babak pertama berakhir untuk kembali mengikat kedudukan selepas pelawat dibolosi lebih awal.

Tanpa Chris Smalling yang mengalami kecederaan, Mourinho membariskan tiga pertahanan tengah tetapi pengendali dari Portugal itu enggan menyalahkan sistemnya berikutan permulaan buruk United.

“Ia tidak bergantung kepada sistem apa yang kita mainkan,” kata Mourinho. “(Tidak menang) berkaitan dengan karakter pemain-pemain. Dengan penuh rasa hormat, kami tidak mempunyai ramai pejuang yang sentiasa memberi tekanan terhadap bola dan kami tidak mempunyai ramai pemain memiliki semangat itu.

“Apabila pemain-pemain tidak faham yang mudah itu adalah bijak, terutama di sesetengah bahagian padang, mereka terus dan terus bermain bola sepak yang kompleks dan ia sukar untuk mendapatkan kesinambungan.

“Disebabkan kami begitu banyak melepaskan bola di bahagian tengah, kami tewas dalam perubahan bola di kawasan lawan, dan ia sukar untuk meneruskannya.”

Mourinho begitupun memuji penyerang mudanya, Marcus Rashford yang menghasilkan umpanan untuk kedua-dua gol United .

“Saya fikir dia menakjubkan pada hari ini,” kata bekas pengurus Chelsea itu. “Kami bercakap sebelum perlawanan mengenai larian, ia amat, amat mudah tetapi ketika ini dan di usia seperti itu, kamu perlu berlari dan berlari dengan pantas dan tepat bagi menjadikannya berjaya.

“Saya fikir Rashford satu-satunya pemain dalam pasukan Manchester United melakukannya. Larian Rashford ke atas pemain mengelirukan, ia mengubah gambaran sepanjang masa. Dan apabila dia melakukannya ia jelas satu lagi gol.” – REUTERS

Tags: Jose Mourinho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

24/12/2018
0

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal. Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd