• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Memang Tahu Apa Akan Jadi – Tun M

oleh Ahmad Albab
22/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad seakan-akan menyindir apabila ditanya mengenai fakta dikemukakan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, bahawa penarafan kerajaan merudum selepas enam bulan pertukaran tampuk pemerintahan.

Perdana Menteri dengan nada sinis berkata: “Rafizi memang tahu apa akan jadi, jangkaannya mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pun sangat tepat.”

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA), di ibu negara, sebentar tadi.

Yang turut hadir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sinonim imej pengulas sarat dengan fakta, Rafizi pada Rabu lalu dilaporkan berkata, penelitian semula tumpuan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) wajar dilaksana secara tuntas kerana nadi sentimen masyarakat sejak mutakhir ini menyaksikan perubahan mendadak terhadap kerajaan baharu.

Bersandarkan jutaan maklum balas menerusi ruangan komen dalam talian di pelbagai portal berita, katanya, Malaysia ternyata berdepan kadar perpecahan yang amat tinggi, malah setiap komuniti seakan hidup dalam dunia sendiri kerana mereka kurang berhubung.

“Menerusi kaji selidik, penarafan kerajaan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei lalu menjunam secara mendadak.

Ketika ditanya penarafan terhadap prestasi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada Jun lalu, 72 peratus rakyat Malaysia memperakui pencapaiannya.

“Ia didahului oleh masyarakat Cina yang memberikan penarafan tertinggi iaitu 87 peratus, disusuli India sebanyak 84 peratus, malah responden dalam kalangan Melayu merekodkan kadar 66 peratus walaupun prestasi PH pada PRU-14 untuk meraih sokongan mereka menyaksikan keputusan hambar.

“Bersandarkan kaji selidik sama yang dikendalikan dua minggu lalu, penarafan terhadap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri oleh rakyat Malaysia menyusut kepada 53 peratus, iaitu pengurangan kira-kira 20 peratus daripada semua kaum.

“Melayu umpamanya menyaksikan penyusutan penarafan daripada 66 peratus kepada 45 peratus, Cina (87 peratus kepada 65 peratus) dan India (84 peratus kepada 64 peratus).“Di sesetengah negeri, Menteri Besar baharu yang ejaan namanya salah menerusi maklum balas kaji selidik memperoleh penarafan lebih tinggi daripada Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama menjelaskan kerajaan dalam usaha menyemak semula kerangka kurikulum sekolah di seluruh negara supaya lebih dinamik.

Beliau memetik contoh bahawa pembelajaran agama Islam harus menyuntik elemen nilai murni yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian, sekali gus memastikan pembentukan sahsiah murid secara lebih menyeluruh.

“Jadual kurikulum di sekolah akan diubah, tapi masih perlu belajar agama, cuma bukan empat sesi dalam sehari kerana kita tidak mahu murid hanya pandai baca doa.

“Sebaliknya berikan ilmu yang berguna kepada mereka apabila menamatkan persekolahan, berbanding hanya menjadi individu sekadar pandai buat ‘drama’,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Rafizi RamliTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CEO Goldman Sachs Pertahan Peranannya Dalam Skandal 1MDB

Next Post

Maut Langgar Babi Hutan

Related Posts

‘Tegur Kawan Lebih Sukar Daripada Lawan’ – Rafizi

‘Tegur Kawan Lebih Sukar Daripada Lawan’ – Rafizi

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui ujian sebenar dalam kepemimpinan bukan terletak pada kelantangan menegur pihak...

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Next Post

Maut Langgar Babi Hutan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd