• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Purata 157,000 Pengguna MRT Setiap Hari

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah pengguna Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) mencatatkan purata 157,000 penumpang sehari bagi tempoh Januari hingga September 2018, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata angka tersebut menunjukkan peningkatan 37 peratus berbanding pencapaian pada tahun 2017 (Julai hingga Dis 2017 : 115,000 penumpang sehari).

“Pertambahan bilangan penumpang ini menggambarkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan dan kecekapan perkhidmatan rel bandar yang semakin meningkat.

“Selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan utama pilihan rakyat, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi meningkatkan lagi bilangan penumpang MRT,” katanya menjawab soalan Senator Ismail Yusop pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Ismail ingin tahu mengenai perancangan untuk mengatasi masalah tahap pengguna rendah terhadap MRT3 berdasarkan kajian Center for Governance and Political Studies (Cent-GPS).

Kamarudin berkata antara inisiatif yang dilakukan ialah pelaksanaan sistem tiket bersepadu antara perkhidmatan rel dan sistem bas pengantara bagi memudahkan akses penumpang MRT, dan peningkatan operasi MRT pada waktu puncak iaitu setiap empat minit.

“Pada 1 Dis lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut melancarkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya. – BERNAMA 

Tags: MRTpengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd