• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,410 Bungkus Rokok Seludup Di Lahad Datu Disita

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu merampas 1,410 bungkus kecil rokok seludup dipercayai dari Indonesia bernilai RM13,490 dari sebuah perahu di Kampung Puyut di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Mohamad Pajeri Ali berkata anggota PPM menjalankan Operasi Landai ke atas sebuah rumah atas air tidak bernombor berpandukan maklumat daripada Unit Risikan Marin (URM) pada 6.20 pagi.

“Menyedari kehadiran PPM, seorang suspek lelaki melarikan diri dan pemeriksaan lanjut di kawasan rumah itu menemukan sebuah perahu yang didalamnya terdapat rokok seludup pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, antara jenama rokok yang ditemui ialah Premium International, Menara Dunia, A Satu Merah, A Satu Hijau, LA Hijau, Minna International serta tembakau salak yang kesemua tidak bercukai.

Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata beberapa siri operasi telah disusun atur bagi membanteras aktiviti penyeludupan di Sabah.

“URM sentiasa digerakkan bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat sekali gus merancang operasi berpandukan maklumat,” katanya. – BERNAMA

Tags: PPMRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

21/03/2023
0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd