• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya UniMAP Dikendali Pelajar Kali Pertama

oleh
07/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berlangsung semalam catat sejarah tersendiri apabila keseluruhan proses pilihan raya itu dikendalikan para pelajarnya.

Pilihan Raya itu diadakan bagi memilih kepimpinan MPP UniMAP sesi 2018/2019 apabila tempoh perkhidmatan MPP sebelum ini berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Mahasiswa (JPPM) universiti itu, Nurhazwani Zabidin, hari ini berkata, seramai 140 petugas PRK bertungkus lumus menjayakan pemilihan itu sejak 16 Nov lalu sehingga semalam.

Beliau, yang juga bekas Yang Dipertua MPP sesi 2016/2017, berkata, JPPM membabitkan kepimpinan MPP sesi 2017/2018, mantan MPP, Sekretariat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) UniMAP dan juga ahli bebas di kalangan mahasiswa.

Sebelum ini PRK dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) universiti itu.

Proses pilihan raya membabitkan 9,149 pengundi atau 79.27 peratus daripada 11,541 pelajar menunaikan tanggungjawab mereka dengan menggunakan sistem e-undi dengan sempurna, katanya.

Nurhazwani berkata keupayaan JPPM itu sejajar dengan saranan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik agar PRK diuruskan oleh para pelajar.

Sementara itu, sebanyak 30 calon MPP UniMAP 2018/2019 diumumkan memenangi PRK itu daripada 51 calon yang bertanding.

Sebanyak 11 calon bertanding bagi kerusi konstitusi umum, manakala 40 calon lagi telah menawarkan diri bertanding bagi konstituensi pusat pengajian. – BERNAMA

Tags: UniMAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet Kepada Penuntut UiTM, Unimap

18/04/2022
0

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet kepada pelajar dalam kalangan golongan berpendapatan rendah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd