• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFF Suzuki 2018 Bukti Semangat Patriotisme, Kebersamaan Rakyat Malaysia

oleh
16/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Walaupun pasukan Harimau Malaya tewas di Hanoi, semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang memberi sokongan padu kepada skuad bola sepak negara harus dipuji, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Eddin Syazlee turut meluahkan kegembiraannya melihat rakyat di Kuala Pilah yang berbilang kaum dan agama terutamanya anak-anak muda bersama-sama hadir menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 menerusi tayangan skrin gergasi.

“Program seperti ini patut dijalankan secara kerap kerana ia bukan sahaja merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dengan rakyat malah memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Menang kalah itu adat pertandingan yang penting di sebalik kekalahan ini telah membuktikan bahawa sukan berjaya menyatupadukan semua sekali gus meningkatkan semangat kesukanan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di sini, malam ini.

Eddin Syazlee hadir bagi menyaksikan perlawanan itu yang turut disertai kira-kira 500 peminat bola sepak tanah air yang ditayangkan secara langsung melalui skrin gergasi di perkarangan pejabat Anggota Parlimen Kuala Pilah itu.

Meskipun dalam keadaan hujan, para peminat tegar skuad Harimau Malaya tidak berganjak dari lokasi berkenaan sehingga tamat perlawanan yang menyaksikan Vietnam muncul juara selepas menewaskan Malaysia dengan aggregat 3-2 selepas menumpaskan Malaysia 1-0, malam ini. – BERNAMA

Tags: Piala AFF Suzuki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’ Sambut Harimau Malaya

16/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad...

Malaysia Terus Kempunan Julang Piala AFF Suzuki

15/12/2018
0

HANOI - Harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau lapan tahun menjulang Piala AFF Suzuki tidak kesampaian setelah kalah tipis 0-1 kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd