• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFF: Malaysia & Vietnam Berentap Di Final

oleh Cj Mnh
06/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berpeluang membalas dendam tumpas 0-2 di tangan Vietnam pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini, apabila bertemu skuad ‘The Golden Dragons’ itu pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Skuad Vietnam kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-Seo itu mara ke pentas final selepas mencatat kemenangan dengan agregat 4-2 ke atas Filipina.

Vietnam berjaya menewaskan pasukan Filipina yang dibimbing bekas jurulatih England, Sven-Goran Eriksson 2-1 di laman sendiri dalam aksi separuh akhir kedua malam ini.

Pada perlawanan separuh akhir pertama, Vietnam menewaskan pasukan ‘The Azkals’ 2-1 di Stadium Panaad, Bacolod, Filipina.

Malaysia pula mara ke perlawanan akhir selepas mengikat juara bertahan Thailand 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok, semalam.

Keputusan itu sudah mencukupi untuk skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, 1 Dis lepas.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 akan menggunakan format timbal balik dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Vietnam pada 11 Dis, sebelum aksi final kedua di Hanoi, 15 Dis ini. – BERNAMA

Tags: FinalPiala AFF Suzuki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Mara Ke Final

26/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Indonesia menempah tiket ke final Piala AFF 2020 apabila menyingkirkan Singapura 5-3 secara agregat dalam saingan dramatik...

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’ Sambut Harimau Malaya

16/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd