• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFF: Sasar 3 Penerbangan Bawa Penyokong Ke Hanoi

oleh
07/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tiga penerbangan sewa khas mungkin diaturkan bagi membawa penyokong skuad Harimau Malaya untuk menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Vietnam, 15 Dis ini.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan negara mengenai perkara itu supaya lebih ramai peminat bola sepak tempatan dapat memberi sokongan kepada pasukan Malaysia dalam perlawanan berkenaan.

“Semasa perlawanan separuh akhir kedua sebelum ini (di Bangkok, Thailand), pihak AirAsia bersetuju sediakan penerbangan sewa khas dan kali ini, saya nak pastikan perkara sama berulang cuma kita nak tambahkan lebih banyak penerbangan.

“Saya sedang berbincang dengan pihak Malaysia Airlines dan juga AirAsia. Kita mahu suara penyokong Ultras Malaya didengari pada perlawanan akhir kedua tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di sini hari ini.

Beliau, bagaimanapun berkata sebarang keputusan mengenai usaha tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perlawanan akhir yang menggunakan format timbal balik itu akan memulakan aksi dengan skuad negara menerima kunjungan Vietnam pada final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan, sebelum aksi final kedua di Hanoi, 15 Dis ini. – BERNAMA

Tags: Piala AFF Suzuki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO, PAS Tidak Gabung Sebagai Sebuah Parti

Next Post

SMK Kundasang Baharu Bakal Dibina Dengan Kos RM43 Juta

Related Posts

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’ Sambut Harimau Malaya

16/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad...

Piala AFF Suzuki 2018 Bukti Semangat Patriotisme, Kebersamaan Rakyat Malaysia

16/12/2018
0

KUALA PILAH - Walaupun pasukan Harimau Malaya tewas di Hanoi, semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang memberi...

Next Post

SMK Kundasang Baharu Bakal Dibina Dengan Kos RM43 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd