• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas, Peserta Larian Dirempuh Kereta

oleh
09/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN BARU- Seorang petugas kawalan lalu lintas cedera di bahagian kepala selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang mengawal lalu lintas acara larian tahunan, Penang Amateur Athletic Association (PAAA) Annual Round The Island Relay.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 51 tahun itu menunggang motosikal bersama salah seorang peserta berusia 16 tahun.

Peserta tersebut yang juga pelajar sekolah turut mengalami patah kedua-dua belah kakinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.10 pagi tadi berhampiran sebuah kilang di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.

Menurutnya, ketika mangsa membawa salah seorang peserta simpanan acara tersebut, datang sebuah kereta dari arah Bayan Baru lalu melanggar motosikal mangsa dari arah belakang.

“Kereta jenis Toyota Altis yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun tiba-tiba datang dari arah belakang lalu melanggar kedua-dua mangsa. Akibat daripada pelanggaran itu, kedua-dua mangsa melambung bersama motosikal yang dinaiki.

“Tempat kejadian merupakan jalan lurus yang mempunyai tiga lorong. Dari siasatan dijalankan, kejadian berlaku di lorong tengah namun membawa ke lorong kanan,” katanya ketika dihubungi tadi.

Menurutnya, ketika kejadian, cuaca dalam keadaan baik dan tempat kejadian agak gelap namun berlampu.

“Keadaan lalu lintas di kawasan itu juga baik dan lancar. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. Kereta tersebut mengalami kerosakkan pada bahagian hadapan kanan manakala motosikal mangsa mengalami kerosakkan pada bahagian kiri dan belakang.

“Pemandu kereta yang merupakan seorang peniaga ditahan untuk siasatan. Dia mempunyai lesen memandu dan kenderaannya mempunyai cukai jalan yang sah tempoh. Dia turut dibawa ke hospital untuk ujian darah bagi menguji kandungan alkohol,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian

Tags: larian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Remaja 15 Tahun Ini Bakal Jadi ‘Usain Bolt’ Malaysia?

23/04/2019
0

LARIAN seorang pelajar yang menyertai acara 100 meter di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM) menjadi bualan hangat para...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd