• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Liar: 18 Individu Termasuk Aktres Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 18 individu termasuk pelakon wanita, dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas ditahan dalam serbuan berhubung aktiviti pesta liar di kondominium mewah di Bukit Ceylon, di sini, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah, berkata pihaknya menahan 19 individu dalam serbuan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam, Rabu lalu.

“Daripada jumlah itu, 18 daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis, semalam, manakala seorang lagi didakwa di Mahkamah Jalan Duta.

“Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Jalan Duta, semalam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, NSTP melaporkan polis menahan 11 lelaki dan 8 wanita tempatan berusia antara 21 hingga lewat 40-an di dalam kediaman itu di tingkat lapan.

Turut ditemui dalam serbuan sama adalah empat paket plastik berwarna hitam disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Hasil siasatan lanjut mendapati penganjur pesta berkenaan yang juga adalah seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 28 tahun dipercayai membiayai kesemua perbelanjaan pesta berkenaan termasuk pembelian bekalan dadah.

Hasil ujian awal air kencing dijalankan mendapati 11 daripada mereka positif dadah.

Bagaimanapun, pelakon wanita berusia pertengahan 40-an yang masih aktif membintangi beberapa telefilem dan drama bersiri itu serta tujuh lagi yang lain didapati bebas dari penyalahgunaan dadah. – BH ONLINE

Tags: pelakonpesta seks
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Indonesia Tiada Sistem Amaran Tsunami Sejak 2012

Next Post

Polis Buru Lelaki Curi Telefon Di Chukai

Related Posts

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

13/12/2023
0

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia pada usia 61 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Polis Buru Lelaki Curi Telefon Di Chukai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd