• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persepsi Negatif Kerajaan Tidak Bantu Pekebun Tidak Benar

oleh Cj Mnh
24/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persepsi negatif yang mengatakan kerajaan persekutuan tidak melakukan apa-apa dalam menghadapi situasi sukar khususnya kepada golongan pekebun adalah tidak benar, kata Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mazlan Aliman.

Menurutnya, kerajaan sebenarnya sudah merancang pelbagai gerak kerja termasuklah menubuhkan satu ‘task force’ membabitkan beberapa kementerian bagi menangani perkara itu.

Jelasnya satu daripadanya adalah mengusahakan Projek Segera Tanaman yang mana hasilnya dikenal pasti boleh dituai dalam tempoh tidak sampai setahun seperti nanas, pisang dan betik.

“Dalam isu ini, pihak LPP dan Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI) diharapkan dapat memainkan peranan selain agensi-agensi lain di bawah Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani).

“Sebagai contoh, di Projek Tanaman Nanas Millie Dilard 2 (MD2) bakal dilaksanakan di Felda Sungai Tengi, Selangor bagi menampung pendapatan peneroka yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi sawit,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke LPP Kelantan di sini, hari ini.

Menurut Mazlan, bagi Kelantan, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) diminta supaya mengenal pasti beberapa kawasan seperti di Rantau Panjang bagi melaksanakan projek tanaman nanas yang mampu memberi pulangan dalam jangka pendek.

Katanya projek terbabit adalah bagi membolehkan peserta melakukan aktiviti sampingan dan dijangkakan bakal dimulakan tidak kurang tiga bulan dari sekarang.

“Nanas adalah satu tanaman komoditi yang baik dan berupaya dieksport khususnya ke China selain mampu memberikan pulangan yang lumayan.

“Kita akan melaksanakan tanaman ini secara komuniti di kawasan keluasan 2,000 hektar supaya lebih ramai pekebun boleh menyertainya. Kita juga akan pastikan anak benih mencukupi supaya segala projek yang dirancang tidak terhalang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mazlan menegaskan bagi Kelantan, walaupun berlainan kerajaan namun kerjasama dan bantuan sentiasa diberikan dan tiada istilah dipinggirkan.

Jelasnya, Kelantan merupakan satu daripada enam negeri yang diberikan tumpuan lebih dalam misi membawa pertumbuhan dalam sektor ekonomi oleh kerajaan persekutuan. – BERNAMA

Tags: pekebunpersepsi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Didakwa Bakar, Bunuh Ibu Tiga Anak

Lelaki Didakwa Bakar, Bunuh Ibu Tiga Anak

19/03/2025
0

BATU PAHAT – Seorang pekebun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang juga...

Pekebun Disyaki Rogol Anak Sejak 10 Tahun Lalu

Pekebun Disyaki Rogol Anak Sejak 10 Tahun Lalu

23/01/2025
0

TELUK INTAN: Seorang pekebun ditahan di Changkat Jong di sini, semalam, kerana disyaki merogol anak perempuannya sejak 10 tahun lalu.IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd