• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Lantik CEO Baharu Ganti Aminar

oleh Ahmad Albab
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melantik Datuk Zainal Abidin Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Aminar Rashid Salleh yang akan bersara selepas berkhidmat selama sembilan tahun.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata, tempoh perkhidmatan Aminar sebagai Presiden dan CEO Perodua akan berakhir pada 31 Disember.

Zainal akan mengambil alih tugas itu mulai 1 Januari 2019. Beliau pernah menjadi Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd dan memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat dan Perakaunan dari Universiti Pacific Lutheran, Washington.

Beliau memulakan kerjayanya di Perodua pada 1995 di jabatan kawalan kos dan terlibat secara langsung dalam mewujudkan struktur kos pembuatan Perodua.

“Zainal akan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pertama yang dipilih dari dalam Perodua. Beliau terbabit dalam perumusan Dasar Automotif Negara (NAP) dan bekerjasama rapat dengan kerajaan melalui pelbagai badan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menambah baik dasar,” katanya.

Sementara itu, Perodua berkata, Aminar adalah Presiden dan CEO yang paling lama berkhidmat dan di bawah kepemimpinannya, syarikat itu mengembangkan penguasaan pasarannya kepada lebih 37 peratus setakat 2018 daripada 31.2 peratus pada 2010.

Yang paling penting, di bawah kepemimpinannya, Perodua memulakan pelaburan RM1.3 bilion untuk membina Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, kilang pengeluaran kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia yang disahkan MITI.

“Lembaga Pengarah mengucapkan terima kasih kepada Aminar atas sumbangannya kepada Perodua serta industri automotif Malaysia secara keseluruhannya,” kata Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Aminar Rashid SallehPerodua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd