• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bisnes Perlu Beralih Daripada Buruh Modal Untuk Kekal

oleh
07/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat dan perniagaan tidak akan lagi dapat menuai hasil yang sama seperti dekad-dekad sebelum ini dalam era revolusi digital sekarang sekiranya mereka terus bergantung kepada buruh modal sebagai penggerak produktiviti.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata peralihan daripada perniagaan biasa kepada perniagaan luar biasa tercetus disebabkan oleh revolusi digital di mana negara-negara seperti Estonia, Korea Selatan berjaya meningkatkan pembabitan rakyat mereka dalam platform digital global.

“Kita tidak dapat mencapai tahap sedemikian. Kita perlu lebih pantas daripada pesaing kita. Ia seperti maraton, ketika kita berlari mengikut rentak yang sesuai, kita masih perlu berada beberapa langkah di hadapan jika tidak kita akan ketinggalan di belakang,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 Axiata, di sini, hari ini.

Gobind memuji langkah yang diambil Axiata untuk melabur bagi masa depan dan merancangnya dengan melabur secara konsisten dalam prasarana bertaraf dunia yang berkualiti tinggi di semua pasarannya.

“Axiata juga mengambil inisiatif untuk meningkatkan keupayaan keselamatan siber dan melabur dalam syarikat perkhidmatan digital bagi membolehkan penyediaan teknologi baharu, antara muka pengaturcaraan aplikasi dan analisis,” katanya.

Beliau berkata, sama dengan keadaan di mana panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak lagi menjadi teras kepada strategi perniagaan telekomunikasi, hari ini, telekomunikasi digital, perkhidmatan kewangan dan perusahaan telah mengambil alih.

“Syarikat dan perniagaan perlu menyesuaikan diri dengan pantas dan menerima revolusi digital untuk meningkatkan lagi daya saing bagi mencapai kejayaan.

“Menjelang 2022, kami membayangkan 70 peratus daripada semua sekolah, pejabat kerajaan, hospital, klinik, pejabat polis dan bomba akan menggunakan rangkaian gentian,” katanya.

Gobind berkata ini akan menjadi pendekatan serampang dua mata bagi memastikan kerajaan dapat berkhidmat kepada rakyat menggunakan penyelesaian digital dan juga menerapkan penggunaan rangkaian gentian ke dalam masyarakat.

“Revolusi digital memerlukan cara baharu menangani tenaga kerja strategik. Sepuluh tahun lepas, tidak ada sesiapa pun yang dapat menduga pemaju aplikasi akan menjadi rebutan pada hari ini. Hari ini, kita melatih anak-anak kita bagi pekerjaan yang belum lagi wujud pada masa ini.

“Kita mahu negara kita memberi perhatian kepada kesejahteraan, keselamatan, dan kemakmuran segenap lapisan rakyatnya. Internet dan akses kepada teknologi adalah pemboleh dan pemangkin utama bagi visi ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

23/06/2024
0

LONDON : Battersea Power Station baru-baru ini menerima kedatangan Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena acara rangkaian Perbadanan Ekonomi Digital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd