• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peng Soon, Liu Ying Tinggalkan BAM

oleh
16/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima satu lagi pukulan apabila pasangan beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying meninggalkan pasukan kebangsaan itu.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu mengemukakan permohonan untuk berundur daripada pasukan berkenaan mulai 1 Jan 2019, kata BAM dalam kenyataan hari ini.

“BAM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kami kepada pemenang pingat perak Olimpik 2016 itu, yang memainkan peranan besar dalam pembangunan dan kemajuan acara beregau campuran di Malaysia. BAM mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua langkah yang mereka ambil pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.

Peng Soon menyertai BAM pada 2006, manakala Liu Ying pada 2017 dan antara pencapaian bersejarah mereka semasa bersama pasukan kebangsaan itu ialah memenangi pingat emas Kejohanan Badminton Asia 2010 serta pingat emas bagi acara beregu campuran pada Sukan Komanwel New Delhi 2010 dan Sukan Komanwel Glasgow 2014.

Sebelum ini, beberapa pemain meninggalkan pasukan kebangsaan itu dengan memberi pelbagai alasan. Mereka termasuk Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Tee Jing Yi, Chooi Kah Ming dan Lim Khim Wah. – BERNAMA

Tags: Goh Liu Ying
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liu Ying, Khairul Anuar Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Tokyo

04/05/2021
0

BUAT pertama kalinya Malaysia akan menampilkan dua pembawa bendera di Sukan Olimpik yang dijadualkan dari 23 Julai hingga 8 Ogos...

Peng Soon, Liu Ying Tewas Di Final All England

12/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas kepada pasangan China pada perlawanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd