• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Real Madrid Berang, Anggap Ronaldo Lupa Diri

oleh Ahmad Albab
12/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENJAK meninggalkan Real Madrid dan menyertai Juventus pada musim panas lalu, Cristiano Ronaldo seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu berhubung kelab lamanya.

Malah, dia seperti memendam sesuatu yang kurang disenanginya sewaktu berada dalam pasukan itu.

Baru-baru ini, peminat Real Madrid berang dan menyifatkan kenyataan yang diberikan tidak sepatutnya keluar dari mulut Ronaldo.

Ia berikutan kata-kata Ronaldo yang seolah-olah membandingkan kelab baharunya.

“Tak patut saya namakan secara spesifik tapi inilah kelab terbaik pernah saya sertai.

“Di sini kita satu pasukan, di tempat lain, ada pemain rasa dia lagi besar dari pemain lain.

“Di sini, semua satu level dan merendah diri serta berazam untuk sama-sama menang,” kata Ronaldo.

Tambah Ronaldo, situasi itu jauh berbeza dengan Real Madrid dan dia menyifatkan hubungan natara pemain di Juventus seperti sebuah keluarga.

“Pada saya, bagus untuk merasai kelainan. Di Madrid pun mereka merendah diri, tapi di sini jauh lagi bagus.

“Sangat berbeza, sini seperti keluarga,” katanya lagi.

Kenyataan Ronaldo turut menarik perhatian presiden Real Madrid, Florentino Perez.

Malah, dia seolah-olah cuba menyangkal kata-kata kurang enak dari Ronaldo.

Sebelum ini, Ronaldo pernah memberi bayangan bahawa Perez merupakan antara sebab kenapa dia meninggalkan kelab itu. – Express.Co.UK/mStar Online

Tags: Cristiano RonaldoReal Madrid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd