• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemergian Mohd Hafiz Satu Kehilangan Dunia Permotoran

oleh
17/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemergian pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman disifatkan satu kehilangan buat sukan permotoran Malaysia, kata bekas jaguh lumba motor negara, Wazi Abdul Hamid.

Beliau berkata Mohd. Hafiz, 22, bukan sahaja berpotensi menjadi ikon kepada golongan belia malah dapat membantu mengembangkan lagi sukan berkenaan di tanah air.

“Untuk menghasilkan seorang pelumba muda yang boleh menjadi ikon membantu pihak berkuasa membendung (lumba haram) bukan mudah.

“Apa yang jadi ini bukan sahaja kehilangan bintang tetapi anak muda yang ada visi sendiri. Beliau melanjutkan pelajaran di politeknik, dia terpelajar mungkin selepas ini semua pihak boleh fikirkan bagaimana nak bantu lebih ramai lagi anak muda di luar sana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman arwah di Simpang Pulai di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wazi mengharapkan pihak berkaitan dengan perlumbaan dapat membuat satu kajian menyeluruh agar insiden kemalangan sedemikian tidak berulang.

“Berdasarkan pengalaman saya, boleh dibuat satu kajian menyeluruh bagaimana insiden ini berlaku dan ini melibatkan semua pihak bukan sahaja penganjur malah pelumba-pelumba supaya perkara sama tidak berlaku di masa hadapan.

“Ada beberapa kemungkinan yang perlu diperhalusi, diharapkan mereka yang pakar dalam bidang ini dapat menyampaikannya,” katanya.

Jelas Wazi, jika perkara itu tidak ditangani ia akan menyukarkan pihak berkuasa mempromosikan sukan perlumbaan yang selamat.

Mohd. Hafiz merupakan pelumba Cub Prix daripada Petronas Sprinta-Yamaha CKJ Racing kategori CP150 maut selepas terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar di Johor, semalam.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai sebelum solat zohor hari ini. – BERNAMA

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendakwaan Terhadap Bekas PM, Isteri Kemuncak Kes Mahkamah 2018

Next Post

Kerajaan Sasar Naik Taraf ‘Streamyx’ Ke Unifi Menjelang Mac Tahun Depan

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

Next Post

Kerajaan Sasar Naik Taraf 'Streamyx' Ke Unifi Menjelang Mac Tahun Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd